PAJSK DAN SEGAK DALAM SPS-PK KOKU KENA HADIR
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak.
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak.
Tuan,
BENGKEL PENGISIAN MARKAH PAJSK DAN SEGAK DALAM SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH(SPS)
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, Sistem Pengurusan Sekolah bagi PAJSK akan dibuka mulai 27 Oktober
hingga 3 November20l4 bagi JPWP Labuan, Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Pahang.
3. Bagi memastikan kelancaran pengurusan, satu taklimat akan diadakan untuk membantu guru - guru bagi
mengisi markah Kegiatan Kokurikulum serta SEGAK bagi murid-murid Tingkatan 3 Tahun 2014 mengikut
ketetapan seperti lampiran.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan memberi kebenaran kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk menghadiri bengkel ini. Pegawai berkenaan juga perlu membawa bersama komputer riba,
broadbad dan maklumat yang berkaitan mengenai markah kokurikulum murid Tingkatan 3 bagi Tahun 2014
yang akan di isi melalui laman sesawang url - http://sps.l bestarinet.net/SPS Pegawai berkenaan boleh
membuat tuntutan perjalanan berdasarkan pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang. Jika ada sebarang
pertanyaan sila hubungi pegawai dijabatan ini, Cik Farahdila Bt. Abu Seman di talian 012-5136491.
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
BENGKEL PENGISIAN MARKAH PAJSK DAN SEGAK DALAM SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH(SPS)
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, Sistem Pengurusan Sekolah bagi PAJSK akan dibuka mulai 27 Oktober
hingga 3 November20l4 bagi JPWP Labuan, Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Pahang.
3. Bagi memastikan kelancaran pengurusan, satu taklimat akan diadakan untuk membantu guru - guru bagi
mengisi markah Kegiatan Kokurikulum serta SEGAK bagi murid-murid Tingkatan 3 Tahun 2014 mengikut
ketetapan seperti lampiran.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan memberi kebenaran kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk menghadiri bengkel ini. Pegawai berkenaan juga perlu membawa bersama komputer riba,
broadbad dan maklumat yang berkaitan mengenai markah kokurikulum murid Tingkatan 3 bagi Tahun 2014
yang akan di isi melalui laman sesawang url - http://sps.l bestarinet.net/SPS Pegawai berkenaan boleh
membuat tuntutan perjalanan berdasarkan pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang. Jika ada sebarang
pertanyaan sila hubungi pegawai dijabatan ini, Cik Farahdila Bt. Abu Seman di talian 012-5136491.
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
fwbengkelpengisianmarkahpajskdansegak.zip | [ ] | 764 kB |
UCAPAN 1 PK PENTADBIRAN 2014
BUTIRAN UCAPAN PK PENTADBIRAN
MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN/SEKOLAH
KALI PERTAMA
TAHUN 2014(30/12/13)
SMK ST ANTHONY
1.
Assalamualaikum, bertemu lagi dalam mesyuarat
guru kali pertama bagi memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2014.
2.
Kehadiran seperti hari ini adalah satu rutin
dalam kehidupan kita sebagai seorang guru. Namun begitu kita tidak boleh
mengambil sikap sambil lewa dengan menganggap hanya sebagai rutin biasa sahaja.
3.
Kehadiran hari ini biarlah menjadi satu titik tolak yang baik dalam usaha kita
melihat dengan jelas senario baru dalam bidang kerjaya kita. Kita guru mesti
benar-benar jelas dengan amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.
4.
Harapan dan cabaran dalam bidang pendidikan
semakin berubah, sekiranya kita tidak turut berubah bersesuaian dengan harapan
dan cabaran baru, kita akan terus ketinggalan. Kita tidak boleh jumud dan
selesa dengan sikap yang tidak suka kepada perubahan dan memandang negatif
kepada idea-idea baru dalam bidang pendidikan.
5.
Perubahan dalam bidang pendidikan memerlukan
kita bekerja lebih kuat, lebih komited dan bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kerja kuat kita bukan
sekadar mengikut arahan pihak pentadbiran, tetapi lebih daripada itu guru
hendaklah mengambil inisiatif sendiri dengan idea yang kreatif dan inovatif
dalam membantu pelajar mencapai hasrat mereka dalam pendidikan.
6.
Kepuasan hakiki yang akan dapat dikecapi oleh
seorang pendidik adalah berdasarkan setakat mana dia telah berusaha membantu
para pelajar melakukan perubahan tingkahlaku dalam PdP di dalam dan di luar
bilik darjah.
7.
Oleh yang demikian seorang pendidik yang
sebenar, tetap akan berasa sedih dan kecewa sekiranya anak muridnya gagal dalam
peperiksaan walaupun dia sudah berusaha bertungkus lumus melaksanakan
tugasnya. Beliau tetap melihat
kekurangan dalam usahanya sendiri dan tidak pula menyalahkan pelajar dan orang
lain.
8.
Justeru saya ingin mengajak diri saya sendiri
dan semua warga pendidik SMK St Anthony, marilah kita berusaha lebih gigih dan
lebih kuat, memberi pendidikan yang sempurna kepada para pelajar kita. Tanpa
pelajar siapalah kita. Pelajar adalah menjadi keutamaan kita.
9.
Keputusan PMR 2013 telah diumumkan, sekolah kita(53.85%)/(56.92%)
antara 5 buah sekolah di Daerah Hilir Perak yang tidak mencapai kelulusan
minimum standard 60% seperti yang telah ditetapkan oleh JPN Perak.
10.
Perbandingan GPS pula menunjukkan sekolah kita(3.33)
pada kedudukan kedua terakhir sebelum SMK Rungkup. Ini
adalah keputusan yang paling menyedihkan kita. Di mana silapnya?
11.
Dalam keadaan di mana 18 buah sekolah gembira
dengan peningkatan bagi Kuantiti, Kualiti dan GPS sehingga Hilir Perak mencapai
tempat pertama dan kedua di Negeri Perak, Sekolah kita tidak menyumbang apa-apa
dengan kemerosotan dalam semua mata pelajaran kecuali Sejarah dan Bahasa Cina.
12.
PPD telah mengarahkan semua sekolah membuat Post
Mortem dalam Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Panitia Pertama 2014. Post
Mortem hendaklah dibuat bagi semua mata pelajaran dan semua pelajar, apa/mengapa faktor capai
dan tidak capai, meliputi kualiti, kuantiti dan GPMP serta apa tindakan untuk
mengatasi/penambahbaikan. Post Mortem ini hendaklah dihantar ke PPD pada
minggu ke tiga bulan Januari 2014 (sebelum 15/1/2014).
13.
Kita mungkin boleh memberi pelbagai alasan
terhadap kemerosotan, tetapi secara jujur kita kena sama-sama bermuhasabah dan
mencari penyelesaian bagi pihak kita. Kita cuba cari apa sumbangan dan peranan
yang boleh kita beri, apa perubahan yang
boleh kita buat, apa idea dan pandangan yang patut dibincangkan.
14.
Semua warga SASTI mesti mengambil tanggungjawab
ini untuk mengembalikan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah kita.
Walau apa pun perubahan dan kemajuan yang telah kita buat terhadap sekolah,
akhirnya keputusan peperiksaan juga menjadi perhatian utama sebagai penentu
imej bagi masyarakat.
15.
Oleh itu kita kena sama-sama memperkasakan
peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Mulai saat ini mari sama-sama
kita berjanji dan berazam untuk menyahut cabaran ini, dan saya penuh yakin kita
boleh dan sebenarnya kita telah pun bermula.
16.
Kita mula dengan perancangan strategik, kita
adakan LADAP, kita mulakan program peningkatan PdP, kita laksanankan KBAT, PLC,
i-Think, pencerapan, atau apa sahaja program yang kita namakan, masuk ke kelas
ikut masa, mengajar bersungguh-sungguh, betulkan akhlak pelajar, didik disiplin
mereka, uruskan kelas dengan baik, didik mereka, beri teguran,tunjuk ajar, beri
nasihat, dan buat semua yang patut kita buat tanpa ada yang berkecuali.
17.
Kalau ada yang mahu berkecuali atau lebih teruk
lagi “buat sabotaj” atau menjadi “musuh dalam selimut”, percayalah kita akan
terus gagal. Sehingga kita terpaksa “delete” semua “virus” yang merosakkan
sistem @ ‘Tikus’ yang ‘Menebuk’ Lantai Kapal.
18.
Beberapa perkara penting yang mesti diberi
perhatian oleh semua guru ialah seperti berikut;
18.1) Semua Dasar KPM,
JPN, PPD, Dasar Sekolah, Dasar Kurikulum, Dasar Hem, Dasar Kokurikulum seperti
yang diamalkan pada Tahun 2013 diteruskan sehingga ada sebarang pindaan atau
Dasar Baru di keluarkan.
18.2) Jawatankuasa
Perancangan Strategik mesti mengadakan mesyuarat dengan segera untuk menentukan
hala tuju Draf Perancangan Strategik seperti yang telah dibuat oleh semua Guru
Kanan Bidang dan Panitia Mata Pelajaran dan juga unit-unit dalam HEM dan
Kokurikulum.
18.3) Guru-guru yang
telah menghadiri kursus, sama ada KBAT,i-Think, PBS, Frog Vle atau lain-lain
dan belum lagi membuat kursus dalaman hendaklah berhubung dengan Penyelaras/Setiausaha LADAD
dengan segera supaya ia dapat disampaikan dan dilaksanakan.
18.4)Seperti dijanjikan,
semua RPT/RPH hendaklah menggunakan rancangan yang baru yang telah diselaraskan
dengan minggu-minggu cuti penggal dan peperiksaan bagi tahun 2014. Jangan ada
lagi guru yang menggunakan rancangan pelajaran lama yang ‘kelabu asap’.
18.5)Agenda Menyuarat Panitia
Esok hendaklah fokus kepada Post Mortem keputusan PMR dan Perancangan Strategik
Panitia 2014. Mesyuarat Panitia boleh dilaksanakan secara kolektif dan di
Pengerusikan oleh Guru Kanan Bidang. Semua PK Buat Pemantauan.
19. Sekian, mohon maaf dan SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU DAN SESI PERSEKOLAHAN
BARU 2014.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
Pengurusan Kedatangan Murid
Hari: Sabtu
Tarikh: 11 Oktober 2014
Masa: 12.00 Tgh - 1.00 Ptg
Tempat: Makmal Fizik, SMK St.Anthony
Sila bawa bersama i-phone, smartphone (Android/IOS), dan tablet masing-masing
Kehadiran adalah diwajibkan
Hari: Sabtu
Tarikh: 11 Oktober 2014
Masa: 12.00 Tgh - 1.00 Ptg
Tempat: Makmal Fizik, SMK St.Anthony
Sila bawa bersama i-phone, smartphone (Android/IOS), dan tablet masing-masing
Kehadiran adalah diwajibkan
Subscribe to:
Posts (Atom)