PROFIL SEKOLAH




SMK ST. ANTH0NY TELUK INTAN

SLOGAN ANTHONIAN


ANTHONIAN ke Arah Puncak Kecemerlangan

VISI

Melonjakkan Kecemerlangan ANTHONIAN dalam Pencapaian Akademik, Kokurikulum dan Imej Perkhidmatan
MISI
Kami warga ANTHONIAN akan memastikan misi berikut dilaksanakan:

  •   Memperkasakan ANTHONIAN dari segi kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan   transformasionaL
  •   Membangun dan meningkatkan kualiti warga ANTHONIAN
  •   Membudayakan ‘Headcount’ di ANTHONIAN
  •   Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu dalam semua    peringkat di ANTHONIAN
  •  Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan dan program khas SASTI






FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH



       Caritas Non Ficta-True Charity
Manusia adalah makhluk yang sempurna yang boleh dididik, berkemampuan untuk belajar dan berkemampuan untuk mencapai akhlak mulia dan ketaqwaan.
Keupayaan belajar dan prestasi seseorang pelajar itu bukanlah berpunca dari sifat semula jadi tetapi daripada alam persekitaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Tidak ada insan yang tidak boleh dididik, begitu juga dengan setiap pelajar. Usaha,ketekunan dan dedikasi akan membawa kepada kejayaan dan seterusnya kecemerlangan.
Kebolehan dan keupayaan manusia bukan ditetapkan, tetapi boleh dimanipulasikan. Manipulasi adalah proses melakukan sesuatu dengan berhajat untuk menghasilkan sesuatu.
Memberikan keyakinan sepenuhnya kepada pelajar yang berpendidikan itu mesti dihayati dengan sempurna agar mereka berdisiplin dan beradab.
Setiap pelajar ada potensi untuk berkembang maju dari sudut intelek. Mereka mesti diberi peluang seluas-luasnya untuk mengembangkan intelek.

Tenaga pendidikan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar. Berpandukan kepada kepakaran, pengalaman, pertimbangan dan pengetahuan, pendidik dapat memberikan pendidikan sempurna dan bermutu kepada pelajar. Setiap masalah ada puncanya. Menangani punca bermakna mengatasi masalah.


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


Kami warga SMK Saint Anthony Teluk Intan, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji memberikan perkhidmatan berkualiti, cekap, sempurna, kemas kini dan komited untuk:

            Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan agenda pengisi wawasan pendidikan negara.

Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah, wawasan sekolah, negeri dan negara.

Memberi layanan saksama dan sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan semua pelanggan tanpa mengira latar belakang.

Menyediakan staf yang berdedikasi, beriltizam. berdisiplin, bertanggungjawab, kreatif, produktif dan penyayang bagi meningkatkan kegemilangan martabat profesion.

Mengurus dan mentadbir sekolah dan kemudahan secara bijaksana berlandaskan prinsip cemerlang, gemilang, terbilang dengan amalan perkhidmatan penyayang.




LAGU SEKOLAH


ALMA MATER’S CALL


All through classes a voice is resounding,
promptly respond to your duty’s sweet call,
harken you all for the trumpet is sounding,
your mater’s proclaiming her watch words to all
CHORUS

Forward her children dear, ever with heart sincere,
Render with joy to your mater her due,
All that is vile reject, heaven will e’er protect,
Sons of St. Anthony’s valiant and true

Charity unfeigned your motto upholding, Forward with courage in ways that are just. True to your standard be doing and daring. As faithful Anthonians in heaven your trust
(Repeat chorus)