SEJARAH SEKOLAH

2019 merupakan ulangtahun yang ke 87 bagi SMK St. Anthony iaitu merupakan salah sebuah sekolah La Salle Brothers. Sekolah ini merupakan juga sebuah sekolah mubaligh Inggeris yang tertua di Teluk Intan dan kaya dengan sejarah. Sekolah Menengah St. Anthony diasaskan oleh Rev. Fr. Bonamy pada tahun 1932.

Bangunan awalnya bertempat di perkarangan Gereja St. Anthony dan dibina dengan bantuan kewangan daripada La Salle Brothers iaitu sebuah pertumbuhan paderi yang berpengaruh iaitu Rev. Brothers Moncious Lee pada waktu itu. Oleh yang demikian, sekolah ini mempunyai hubungan dengan sekolah St. John’s Kuala Lumpur. St. Paul’s Seremban, St. George’s Taiping, La Salle School PJ dan St. Michael’s Ipoh yang dbina juga atas bantuan La Salle Brothers. Bangunan asal dan terawal St. Anthony telah dirobohkan dan didirikan bangunan yang baru kemudiannya dikenali sebagai St. Vianney’s Tamil School. Kini, iannya didiami oleh bangunan induk Assumption.

Nama S.A.S diambil sempena daripada nama St. Anthony dari Padua yang diisythirkan oleh Pope Pius XII seorang doktor gereja pada tahun 1946. Beliau adalah penanung Saints Of Lost Things. Saint adalah perkataan yang berasal daripada ayat Patron Saint for Boy’s yang membawa maksud penaung bagi anak-anak lelaki. Manakala Anthony hanyalah satu nama yang diberi sahaja.


Sekolah ini menerima sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan tanpa mengharapkan balasan. Justeru itu, moto ‘CARITAS NON FICTA’ adalah moto bagi sekolah St. Anthony. Moto ini adalaah dalam bahasa latin dan bermaksud ‘menolong tanpa mengharapkan balasan dan tidak mengambil kita latar belakang’.

Sekolah ini memperoleh kemajuan lebih tinggi semasa Rev. Fr.John Edmond yang menggantikan Rev. Fr. Bonamy. Brothers dan guru-guru di St. Michael’s Ipoh membuat lawatan dari masa ke semasa ke sekolah ini untuk member ceramah seperti nasihat dan galakan. Peningkatan jumlah pelajar yang semakin bertambah menjadikan kelas-kelas semakin penuh, tambahan pula, kelas-kelas yang sedia ada kurang memuaskan. Ini menyebabkan masalah bertambah runcing. Sebuah bangunan yang sempurna perlu didirikan bagi mengatasi masalah ini. Sumbangan dalam bentuk wang daripada sahabat dan dermawan-dermawan membolehkan Fr. Edmond memulakan kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah di seberang jalan.

Pada Januari 1941, bangunan ini telah siap dibina dengan mempunyai 6 buah kelas . Pada 27 Januari 1941, telah dirasmikan oleh Residen British Perak ketika itu iaitu Honorable Mr. Marcus Rex. CMG pada ketika itu.

Malang tidak berbau. Tiada sesiapa pun dapat menduga sesuatu kejadian buruk akan menimpa. Sesi persekolahan tamat begitu pantas, pada tahun 1943 ekoran meletusnya perang Dunia Kedua. Tentera Jepun mendarat di Jalan Laksamana. Kedatangan pihka Jepun memaksa pihak sekolah menutup pula menjadi tempat penyeksaan. Banyak patung-patung gereja dimusnahkan. Ramai yang mati diseksa, dipancung dan ada juga yang cacat. Zaman itu meninggalkan satu sejarah yang amat pahit dan begitu payah untuk dilupakan.

Setelah Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 5hb September 1945, British Military Adminiristration (BMA) telah membantu mendirikan semula sekolah ini. Fr. Edmond berusaha sedaya mungkin untuk menghidupkan kembali St. Anthony supaya dapat mencapai kemajuan.

Selepas pengunduran Jepun dari Tanah Melayu, Fr. Edmond berusaha meminta bantuan daripada beberapa pihak.Namun, usahanya itu gagal. Tuah berpihak kepadanya kali ini. Beliau bernasib baik apabila bertemu dengan Lawrence O Toole, Penolong General Berkuasa Brothers di Ipoh yang membuat lawatan ke sekolah-sekolah Malaya. Beliau mengarahkan Brother Pengarah (Director) St. Michael dan Brother Visitor Baruitis bagi menyediakan bantuan dan bersedia mengambil ahli pentadbiran St. Anthony.

Maka sejak itulah, bermulanya pentadbiran Brother hingga tahun 1977 dan  dibawah pentadbiran Brother’s telah banyak kemajuan yang dilakukan.

Pada 13 Januari 1947, Brother Finan Owen menjawat pentadbiran St. Anthony dan sekaligus menjadi ‘Director’ St. Anthony yang pertama. Pada masa itu darurat hampir bermula. Pada zaman darurat iaitu dari tahun 1948 hingga 1960, 12 tahun lamanya, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Dibawah pentadbiran  Brother Finan, sekolah berkembang dengan pesat. Pembinaan bangunan tambahan giat dilakukan pada bulan Januari 1948, 4 buah kelas dibina di bahagian kanan sekolah. Brother Assistant Lawrence kerap membuat lawatan ke St. Anthony. Pada tahun 1948, St. Anthony mengadakan sukan tahunan pertama dalam sejarah sekolah.

Rev. Brother Mathias (RIP) menjawat jawatan sebagai ‘ Director’ sekolah kedua sebeliau beliau ditukarkan ke St. Joseph, Kuching. Pada tahun 1950, Brother Henry (RIP) dilantik menjadi director sehingga beliau bersara pada November 1955. Dibawah pimpinan beliau, St. Anthony terus berkembang maju. Bilangan kemasukan pelajar bertambah menjadi 474 orang (1951) dan 798 orang (1954). Bangunan berbentuk L atau dikenali sebagai fasa mula dibina pada 1952. Ianya meliputi bilik Brothers, makmal sains, kaji hayat dan bilik darjah. ST. Anthony terus meningkat dengan lebih progresif dalam bidang akademik dan sukan, mengekalkan kemasyhuran dalam kedua-dua lapangan serta mampu mengendalikannya bagi generasi akan dating.

Brothers Denis bekad pengarah St. Michael’s merupakan Director sekolah ini dari tahun 1956 hingga 1960. Pentadbirannya selama 6 tahun membawa banyak perubagan serta kemajuan pada St. Anthony. Pertambahan pelajar menunjukkan SMK St. Anthony  mendapat sambutan dan kepercayaan daripada masyarakat setempat. Tadika turut diperkenalkan pada tahun 1959. Brother Denis membeli 2 ekar tanah di persimpangan Anderson Road dan Syed Abu Bakar Road yang kemudiannya dijadikan padang sekolah. Ini bertujuan bagi melahirkan Anthonian yang cergas dan aktif dalam aktiviti luar. Ianya telah dirasmikan oleh Raja Muda Perak pada 28 Januari 1958.

Rev. Brother Alban mengambil alih tugas Brother Denis pada 1962. Sepanjajng 3 tahun penglibatannya sebagai pengetua (1962-1964), banyak sumbangan diberikan olehnya. Antaranya ialah pembinaan gelanggang bola keranjang dan membeli 3 ekar tanah di Jalan sg. Nibong sebagai tapak pembinaan sekolah rendah St. Anthony rendah. Warga sekolah berasa sediah apabila beliau ditukarkan tempat lain.
Tugas beliau kemudiannya diambilalih oleh Brother Damian dan beliau melihat kesesakan pelajar di St. Anthony. Beliau bukan sahaja mengatasi masalah tersebut malahan berjaya menyediakan sebuah sekolah rendah yang cantik di Jalan Nibong. Kejayaan yang bermkna bagi Brother Damian adalah apabila dewan kebanggaan sekolah Berjaya disiap  pada tahun 1968. Seterusnya dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Khir Johari pada 5hb Disember 1968. Projek ini telah dirancang selama 4 tahun dan menjadi kenyataan.

 St. Anthony mula menerima penuntut tingkatan enam aliran sains pada 1973. Brother Damian telah Berjaya membangunkan St. Anthony ke tahap lebih tinggi dan maju. Beliau bersara pada 1973 dan tempat beliau digantikan dengan Rev. Brother Kevin.

Tugas beliau diambilalih oleh Brother Oliver Rogers. Pentadbirannya hanyalah setahun lamanya. Akhirnya Brothers membuat keputusan menyerahkan pentadbiran St. Anthony kepada orang-orang tempatan. Dengan ini berakhirlah pentadbiran Brothers dalam sejarah St. Anthony selama 30 tahun. Pada 1979, sdeorang pengetua bukan mubaligh dilantik. Dalam satu perbincangan diantara Brothers, mereka memutuskan untuk melantik Encik Toh Soon Guan (PJK) sebagai Pengetua St. Anthony yang pertama. Di bawah pentadbirannya, beliau berusaha gigih membangunkan lagi sekolah. Peningkatan pelajar bertambah ke 1450 orang. Beliau Berjaya menyediakan sebuah bilik lukisan, bilik kerjaya dan sebuah surau. Sifat beliau yang amat mengambil berat dan bersimpati pada pelajar-pelajar yang miskin amat dihormati. Satu tabung dibentuk bagi membantu para pelaajr yang miskin dan tidak berkemampuan.

Pada 1980, sebuah auditorium berhawa dingin telah dibina manakala sebuah bilik sumber terus siap dibina pada 1981. Satu majlis perpisahandibuat apabila beliau terpaksa meninggalkan sekolah setelah dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Pelajaran Daerah Kinta. Pihak Kementerian kemudiannya menghantar Encik Ong Bee Jeng pada 1hb. Julai 1982 menggantikan En. Toh. Pelbagai kemajuan telah dilakukannya. Beliau merupakan seorang Pengetua yang mementingkan akademik. Beliau Berjaya menyediakan sebuah bilik computer dan bilik bacaan di Pausat Sumber. Beliau telah merancang mengadakan satu walkaton bagi mengatasi masalah kelas-kelas terapung.

Pada 11 Mac 1988, datanglah seorang pengetua menggantikan En. Ong Bee Jeng. Beliau ialah En. Woon meow Fan. Sepanjang perkhidmatannya selama 4 tahun beliau telah banyak membawa kemajuan yang progresif kepada sekolah sehingga beliau dianggap sebagai ‘Bapa Pembangunan St. Anthony’. Banyak projek diusahakan olehnya bagi memajukan sekolah ini. Rancangan-rancangan En. Ong diteruskan oleh beliau dan seterusnya berjaya menyiapkan blok tingkatan 6 baru. Berbagai bentuk perubahan telah dibuat olehnya. Pada 1hb Februari 1988, beliau telah bertukar ke St. Michael’s di Ipoh sebagai Penolong Kanan di sana. St. Anthony benar-benar kehilangan seorang pengetua yang berkebolehan.

Penggal 1hb Februari 1988, sekolah telah mencatat sejarah pertamanya. Pertama kalinya dalam sejarah pentadbiran sekolah seorang pengetua daripada kalangan wanita memegang jawatan sebagai pengetua sekolah. Beliau ialah Puan Sujatha Vasanthan. Beliau merupakan seorang wanita yang berasal dari Kuala Lipis- Pahang. Cabaran ini Berjaya diatasi dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Bukanlah mudah menjadi pengetua di sekolah yang penuntutnya lelaki. Di bawah pentadbirannya banyak perubahan dilakukan dan langkah-langkah diambil bagi mengurangkan masalah disiplin pelajar dan sebagainya. Bilangan pelajarunya terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1989 seramai 1393 pelajar dan 75 tenaga pengajar dicatatkan. Keputusan peperiksaan semakin mencapai peningkatan membanggakan. Sekolah ini memperlihatkan satu wajah baru pada tahun 1990 di bawah usaha-usaha diteruskan bagi melahirkan para pelajar yang berintelektual dan berguna pada negara dan masyarakat selaras dengan wawasan 2020. Semoga St. Anthony terus membangun dan mencapai cita-cita para pemimpin dan masyarakat.

Sumber: Majalah sekolah SMK St. Anthony 1992